syamiel's band

letak banner saya kat blog kamu,ok!!

masukkan banner blog saya kat blog awak semua ya..

muslim dan mukmin

ingin bergelar muslim sangat mudah.
tunjuk IC ada tag Islam dah cukup.
tinggal di Malaysia, negara yang diiktiraf negara Islam.
malah, anda Islam bila kedua ibu bapa anda bergelar muslim.
ataupun punya tag bin dan binti di antara nama anda.

tapi.
jika lihat dan fikir sedalam dalamnya.
masih ramai orang yang tak mendalami maksud muslim itu sendiri.
malah, salah faham akan ertikata 'muslim' itu sendiri.
kalau diri sendiri tidak memahami istilah muslim,
di manakah letakknya tauhid dan aqidah mu?

kadang kadang diri ini seringkali bermonolog.
pinta hati tafsirkan apa katanya akal dengan digariskan dengan iman.
cuba mencari kebenaran di sebalik istilah,
dan kaitannya dengan scenario harian di negara sendiri.
dan apa yang lebih penting,
cuba mengaitkan dengan diri sendiri,
yang nyata masih terlalu banyak khilafnya.

pelik.
ada yang bangga menyebut diri nya Islam.
bangga bila dilahirkan dalam komuniti muslim.
tapi.
bila ditanya.
saya muslim. saya tidak bertudung. saya OK.
saya muslim, saya gay. saya OK.
saya muslim. saya dah pernah main. saya OK.
saya muslim tapi saya minum arak dalam party. saya OK.
saya muslim tapi saya tengok porno. saya OK.



bila ditanya 1001 alasan diberi.

lagipun bukankah,
Islam itu Bukan Agama Paksaan?

dan bukankah
Allah itu Maha Penerima Taubat
lagipun, pasti hidayah masih belum sampai.

nauzubillah!
astagfirullahalazhim!

inilah bezanya muslim dan mukmin itu sendiri,
dimana taraf taqwa mu disisi Allah.
bergelar muslim, tidak bermakna kamu mukmin.
punya tag Islam di IC tidak memberi makna sekalipun.
apalah sangat pandangan manusia jika dibandingkan pandangan Allah terhadapmu?

sedih. sedih bila melihat saudara sendiri hanyut.
betapa ruginya mereka yang bergelar islam tapi,
imannya tiada,
sudah diberikan peluang itu,
tapi disiakan.
malah dijadikan bahan mainan.

sehingga mereka yang tidak bergelar muslim
mula bersangka buruk dan melabel muslim sendiri
dengan perkataan perkataan keji.
malah, ada yang mula membenci
dan memerangi mereka yang bergelar Islam.

disini silapnya semua.
betapa pentingnya untuk memahami istilah itu sendiri.
ingin menjadi muslim amatlah senang.
tapi, bersediakah kamu menjadi seorang muslim dan juga mukmin?
sediakah kamu?

bilamana mulut mengungkap kata kata
'la ilahaillallah'
'muhammadur rasulullah'

hati membenarkan bahawa di dunia ini, tiadalah tuhan selain Allah,
Dialah Maha Pencipta.
Dialah Pemilik Alam.
dan Dialah satu satunya bersifat sempurna 
dan punya 99 nama teragung.

akal juga membenarkan bahawa Nabi Muhammad itu,
adalah pesuruh Allah.
segala anggota badan beriktikad,
berjanji mahu, akan dan wajib mengikuti segala sunnahnya,
membenarkan kitab rasulullah yang memberi petunjuk dan panduan hidup.
mempercayai segala kisah baginda dan sahabat.
dan mencontohi baginda.

indahnya Islam itu.
peraturannya.
pengajarannya.
perlindungan yang diberinya.
dan cara hidupnya.

tapi.
masih ramai yang masih tidak faham.
dan ragu ragu.
malah, cuba mencari alternative semata mata untuk menutup cela sendiri.

No comments:

Post a Comment

Followers